Saat kau ingin membina 'masjid' dan cemburu dengan mereka yang membina 'masjid':
♥ Simpan niatmu untuk membina 'masjid' selagimana kau belum suka dan rajin untuk ke masjid.
Saat kau teringin untuk merasa 'masjid' yang kau rasakan indah:
♥ Bersabar sehingga kau merasakan masjid yang selalu kau solat dan iktikaf itu benar-benar suatu tempat yang membahagiakan kamu.
Saat kau mahu menautkan hati ketika bersama membina 'masjid' yang kau kata kerana Allah:
♥ Tautkan dulu hatimu dengan masjid yang sejak kecil kamu mengenalinya, sehingga kau benar-benar merindukannya.
Sehingga nanti, pasti 'masjid' yang kau bina itu kukuh dan tersergam indah. Menautkan hati, dan menjadi mahligai kebahagiaanmu, yang akan membawamu menuju ke cintaNya yang satu :)
via majdi nadwan
No comments:
Post a Comment