♥ assalamualaikum . mari selawat :)

Tuesday, April 19, 2011

pengajian islam -industri

Graduan Pengajian Islam: Peluang Melibatkan Diri Dalam Industri
Nur Syahidah bt Abd Jalil, Pegawai Penyelidik Pegawai Penyelidik
Menerusi pandangan kasar terutama terhadap orang yang berada di sekeliling, pasti kita menemukan graduan bidang pengajian agama Islam yang bekerjaya sebagai pendidik. Baik di sekolah ataupun di peringkat profesional yang lebih tinggi. Sememangnya kita memandang mulia kerjaya sebagai seorang pendidik ini. Namun begitu, benarkah hal ini disebabkan oleh graduan bidang ini kurang mendapat perhatian pihak industri dalam arus perdana berbanding dengan graduan bidang lain?
Saban tahun, kita dibelenggu oleh masalah lambakan graduan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat di pasaran. Kadar pengangguran di Malaysia pula mencatatkan sebanyak 3.2 peratus daripada jumlah tenaga buruh pada suku ketiga 2010 ini yang mana turut disumbangkan oleh graduan dari bidang pengajian agama. Berbanding dengan graduan dari bidang lain, kerjaya pendidik menjadi satu-satunya matlamat sebahagian besar graduan ini dan menyebabkan mereka tidak membuka peluang kepada diri mereka sendiri untuk mencuba sesuatu yang lain sebagai kerjaya mereka.
Kita mengalu-alukan kewujudan program j-QAF di sekolah kebangsaan yang bertujuan memperkenalkan pengajian agama Islam dalam pelbagai aspek seperti kelas al-Quran, tulisan jawi, bahasa arab dan sebagainya untuk kebaikan anak-anak kita. Dalam masa yang sama program seperti ini juga memberi ruang yang besar kepada graduan pengajian agama Islam ini mendapatkan pekerjaan sebagai pendidik. Namun kesilapan berlaku apabila graduan melihat inilah satu-satunya kerjaya yang sesuai dan mampu dicapai oleh mereka. Akhirnya, ia mengukuhkan lagi stigma bahawa graduan bidang pengajian agama Islam ini hanya mampu bekerja sebagai guru ataupun pegawai di badan-badan atau agensi yang berteraskan agama semata-mata.
Malangnya, pandangan yang terpesong ini turut sama dikongsi bukan sahaja masyarakat biasa, bahkan juga pihak majikan dalam arus perdana. Sedangkan rata-rata golongan ini turut mengambil pelbagai subjek elektif yang ditawarkan oleh pusat pengajian mereka seperti komunikasi, perniagaan dan sebagainya. Pandangan sebeginilah menyebabkan semakin ramai graduan berkenaan bersaing dalam satu pasaran sahaja. Bukan sekadar mencipta jurang ketidaksamaan jantina yang luas dalam kerjaya tetapi juga tidak membantu untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Tahukah kita bahawa terdapat permintaan yang tinggi bagi graduan pengajian agama ini dalam industri? Dalam usaha negara mengejar menjadi hab halal antrabangsa, permintaan kepada kajian, penguatkuasaan, penyeliaan serta pengurusan halal semakin meningkat di pasaran. Salah satu skop yang menjadi perhatian dalam industri bagi graduan dalam bidang pengajian agama ini ialah dalam aspek pematuhan shariah.
Antara skop kerja bagi pegawai yang berkhidmat dalam aspek pematuhan ini ialah memastikan perjalanan produk dan urus tadbir syarikat atau pengusahaan agar tidak menyimpang daripada syarak. Ini termasuklah menjaga aspek kebersihan dan kualiti output syarikat selaras dengan pendekatan ‘halalan toyyiban' yang bermaksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok. Pegawai berkenaan juga mempunyai akses secara terus kepada pengurusan atasan untuk kegiatan pelaporannya. Hal ini bagi memastikan persoalan yang berkaitan pematuhan shariah benar-benar terjamin selari dengan kehendak menjadikan Malaysia sebuah hab halal yang dipercayai.
Selain daripada hal berkaitan dengan produksi syarikat, pegawai berkenaan juga secara tidak langsung menjadi tempat rujukan mengenai agama oleh pekerja dalam organisasi tersebut. Hal ini termasuklah mengenai ibadat lain selain dari solat dan puasa. Begitu juga jaminan peruntukan waktu dan penyediaan ruang solat yang selesa dan memadai bagi pekerja yang beragama Islam.
Keterlibatan graduan pengajian Islam dalam industri seperti ini bukan sekadar membuka mata masyarakat mengenai kelebihan dan keupayaan diri mereka semata-mata. Bahkan sebenarnya memberi kelebihan kepada graduan tersebut yang bukan sekadar menjadi ahli profesional dalam bidang mereka tetapi turut mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas dalam sektor industri. Dalam masa yang sama, kesedaran untuk meneroka bidang industri itu sendiri akan meningkat seiring dengan harapan kita untuk melihat lebih ramai usahawan bumiputera mampu bersaing dalam industri.
Sudah tentu, percubaan bagi graduan bidang pengajian Islam untuk meneroka bidang pematuhan shariah dalam industri bukanlah sekadar bergantung kepada segulung ijazah semata-mata. Sebagaimana pihak industri meletakkan kepercayaan soal pematuhan syarak dalam output mereka dipenuhi, sebesar itulah tanggungjawab bagi pegawai yang bekerja dalam sektor ini. Kesedaran untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan baik dalam bidang agama mahupun urus tadbir yang baik perlu ada di kalangan graduan yang berminat. Sama ada melalui latihan yang berkaitan ataupun meningkatkan pembacaan, rujukan dan kajian, mereka perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai cabaran dan persoalan yang mungkin timbul dalam aspek pematuhan syarak di tempat kerja.
Dalam menyahut cabaran ke arah sebuah negara hab halal antabangsa, adalah kurang tepat pihak industri tidak mengambil graduan lepasan bidang pengajian Islam ini atas alasan mereka tiada pengalaman dalam aspek berkaitan. Dengan ilmu yang ada, graduan ini sebenarnya hanya memerlukan sedikit dorongan daripada majikan untuk menggerakkan mereka pada laluan yang betul. Mengambil graduan yang baru tamat pengajian sebenarnya memberi beberapa kelebihan kepada majikan antaranya ialah penawaran gaji yang lebih rendah berbanding dengan pekerja yang berpengalaman serta mengikat kesetiaan mereka kepada syarikat yang memberi pengalaman dan latihan pertama bagi mereka. Dalam erti kata yang lain, golongan ini berpotensi menjadi salah satu individu yang penting dalam sektor industri berkaitan.
Graduan bidang pengajian Islam perlu menyedari bahawa mereka boleh menyumbang kepada agama melalui industri. Perkayaan ilmu agama Islam bukanlah sekadar di kelas semata-mata tetapi boleh dilakukan melaui pelbagai cara. Penyebaran kebaikan mengenai agama suci ini lebih hoslistik jika dilakukan melalui industri. Agar generasi muda dan masyarakat seantero dunia mengenali Islam sebagai satu cara hidup yang juga sebenarnya menitikberatkan soal kualiti, kebersihan dan kebaikan. Graduan perlu memberanikan diri untuk mencebur dalam bidang yang lebih luas jika benar niat di hati untuk menyebarkan agama Islam yang suci ini dengan lebih menyeluruh.


surat khabar

6 comments:

  1. syukran untuk entri ini..
    syukran juga sudi memberi komen di blog saya..^_^

    adibah umur berapa?

    ReplyDelete
  2. oo..adik la ni ^_^
    org mana, mintak UPU? mintak apa?

    ReplyDelete
  3. hehe . ye kak . melaka . saya dpt 5a 2b 4c . satu a+ . syariah . semua sc saya c plus arab .

    1)asasi p.islam um
    2)law uia
    3)sc human uia
    4)nurse uia (xminat)
    5)utm
    6)utm
    7)uitm
    8)uitm

    kak , 5,6,7,8 kos math2 . huh boleh ke masuk uia ni , bi b+

    ReplyDelete
  4. oo..org Melaka...'sabau la' (betul kan? ^_^)
    mabruk alaiki ya Ukhti! ^_^ (boleh panggil akak kak b2/ Rabiatul, kak b2 la kan? ^_^)

    baik, kak b2 komen utk kemasukan UIA ye dik, utk law dan human science, yg lain akak xtau (wah, sukanya adik minta course2 yg satu U dgn akak ^_^)


    GENERAL KALAU NAK MASUK UIA,
    1) pass SPM skrg2nya 5C (dh pass)
    2) skrg2nya BM C (dh pass)
    3) skrg2nya C dlm PI/PQS/PSI (dh pass)
    Alhamdulillah ^_^


    nak ambik LAW :
    1) BI B+ ATAU kombinasi B+ dlm BAK/BAT dan B BI (adik tsekat dkt BA kan? xpe2)
    2) skrg2nya SEJ B
    3) skrg2nya MATH C
    4) 2 kredit/C (kredit tu maknanya C, x gagal, x sampai dpt D) dlm AddMath, PQS, PSI, FIZ, KIM,BIO (ada lg course lain tp akak sebut yg adik punya je) oh] ye, satu lg dlm buku akak ni ye tulis SEJ? (xtau la slh cetak ke apa, SEJ dh ada tadi)


    nak HUMAN SCIENCE :
    1) skrg2nya BI B
    2) skrg2nya MATH C
    3) 2 kredit/C dlm mana2 subjek SEJ, PQS, PSI (sini x sebut pula SC, cukuplah kan, Adibah ada tu ^_^)


    Insya-Allah, boleh masuk! think positive!
    bagi akak, xlah susah sgt nak masuk UIA, ada yg dpt 3A kalau x silap akak la, dpt gak masuk, jadi jgn risau ye, percaya rezeki pasti ada ^_^



    lagi, akak cite psl UIA:

    asasi buat dkt 2 tempat:
    1) UIA NILAI , dkt sini kos mcm BAR (BA), IRK (ilmu wahyu), HS (human science), ECONS (economics), BEN (BI)
    2) UIA PJ dkt sini pula kos mcm SC2, Architecture, Engineering, Law

    bila degree, ada 2 tempat juga:
    1) UIA NILAI automatik pergi UIA Gombak buat degree
    2) UIA PJ semua pergi UIA Kuantan kecuali kos Architecture, Engineering dan Law pergi UIA Gombak


    mula2 masuk UIA akan ade minggu taaruf (taaruf week, TaWe) ms ni akan ada exam EPT utk English dan APT utk BA. akan menentukan level BI dan BA kita di UIA. dan level2 ni akan menentukan brp tahun dkt UIA. UIA mmg ambik berat BI dan BA 2sekaligus.


    ok, setakat ni lah akak blh ckp dulu, tanyalah lagi kalau ada apa2, akak bharap sgt Adibah blh masuk UIA, Insya-Allah, Ameen! ^_^

    oklah, biasanya mereka2 yg dpt result bukan mcm 9, 10, 11 mesti rs frust kan, akak xtau Adibah, tp kalau Adibah rs gitu, jgn sedih ye syg, xdk apa2 pun, dulu pun akak fikir SPM ni mesti dpt 11,12A tp bila akak masuk U barulh akak rs, SPM tu cuma tiket nk masuk U je, bila masuk U kekgi, dh masuk alam baru, kene rajin xleh malas2, sbb tu ada org cite pljr cemerlang dkt skolah pun bila masuk U kalau x konsisten, merudum. yg penting, setkan niat belajar krn Allah ^_^ dan lg skali, yg semestinya amat penting, bila masuk U, jaga diri, jaga iman


    kalau psl result tu, buat ms skrg doa, dan akhir nanti percaya apa2 result pun yg kuar, itu adalah yg terbaik, ok dik? ^_^

    mungkin link ni boleh membantu Adibah
    http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/03/lepasan-spm-pilih-course-apa-untuk.html

    ma'annajah ya Ukhti! ^_^ muah! *peluk*


    p/s: UPU kuar bila? kalau dpt nanti, kalau x keberatan, ckplah dkt akak ye ^_^ akak ambik link Adibah ltk dkt blog akak ye

    ReplyDelete
  5. woho . sangat berguna dan sangat bermanfaat . kalau dpt uia . insya ALLAH . memang dah sedia dah soalan2 dia . hehe . hmm . mmg nak masuk uia .
    p/s : kena belajar arab balik ni . basic pun hancur T.T . huhu . terukkan .

    ReplyDelete