'sesungguhnya kepada ALLAH kesudahan kamu(tempat kembali ). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis . Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali '
(surah An najm , ayat 42-44)
aku terkurang ajar kat mak aku . aku menangis . masuk bilik . derhaka . yer , aku anak derhaka . tak kenang budi . time tengah menangis aku buka buku faveret aku . sangat - sangat sayang . aku terjumpa firman ALLAH yang kat atas ni . aku keliru , keliru , keliru . KELIRU . selalunya aku buka ALMUBIN Dia menegur aku . kadang - kadang aku terasa . di radio pun . tapi ini tidak . apa yang boleh aku cakap , Dia seolah -olah tenangkan aku . aku jua hamba yang derhaka . ya ALLAH , istidraj ke ?
aku baca lagi ,
ketika sedih ada Dia As Samad tempat mengadu yang tidak pernah berkira dengan masa...... ada Dia As Sami' yang Maha mendengar tanpa jemu dan ada Dia Al Basir yang sentiasa melihat apa yang berlaku kepada hambaNYA .
kini aku tidak menangis lagi . seolah-olah menyuruh aku tidak putus harapan dengan rahmat NYA .
mak , memang salah angah , jarang kol mak semasa di hostel , anak yang merimaskan , careless sampai duit pon habis , ucap terima kasih pun tidak .
mengertilah , apa salahnya ucap TAHNIAH . mak pun tahukan angah lemah subject sc lagi lagi biologi . memang tak sentuh buku sc tu . cakap baik-baik . jangan lah banding-banding . percayalah , rezki tetap ada .angah tahu , mak betul .
mak nasihat supaya solat hajat . hmmmm ..............
mungkin pabila diri ini digelar ibu , baruku tahu perasaan mu ...........
rasanya kes kite bedua sama la..sedih. kan.
ReplyDeleteDiba, kita sebagai anak kadangkala tak perasan yang kita dah lukakan hati emak dan ayah. Tanpa kita sedari kita dah buat mereka menangis dan terasa dengan setiap tindakan kita.
ReplyDeleteIngat, syurga itu ditelapak kaki ibu. Andai mereka masih boleh tersenyum, andai mereka masih boleh melihat, andai mereka masih boleh bernafas, sayangilah mereka seadanya.
Cuba bayangkan anak - anak yatim tanpa emak atau ayah, dorang tercari - cari nilai kasih sayang manusia. Kadang kita pun kesian dengan dorang, tapi apa kita boleh buat? Guba kita ambil pengajaran dari situasi ini. Sayangi ibubapa kita sebelum terlewat dan ucapkanlah kepada mereka yang kita sayang mereka.
Diba, akak tak marah diba. Anggaplah ini cara kita muhasabah diri masing - masing. Kita manusia yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Akak ni duduk lagi jauh dari family, kadang tanpa sedar airmata meleleh teringat kat mak, ayah, abang, adik - beradik. Tapi, apa boleh buat? Kita kena teruskan hidup masing - masing sebab suatu hari kita akan tinggalkan family kita. Betul tak?
Diba, doakan ibubapa kita setiap hari semoga dosa - dosa mereka diampunkan. Apa - apa yang tersirat dalam hati, mengadulah pada Allah =)